Wednesday, October 21, 2009

MESYUARAT KHAS BAGI PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN TITIWANGSA 2009

20 Okt 2009 : Mesyuarat Khas Gerakan Belia 4B (M) Titiwangsa sempena Mesyuarat Agung 4B Kawasan Titiwangsa akan diadakan seperti butiran dibawah :-
Tarikh : 21 Okt 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : TBA
Kesemua Ahli Jawatankuasa ,Exco Kawasan & ketua Cawangan, Ahli Jawatankuasa & Exco (Penaja ) , Ketua Cawangan (penaja) dikehendaki hadir untuk menjayakan mesyuarat.


Ikhlas,

Mohamad Noralam Bin Sahroni
S/Usaha Penaja (012-2002501)

Sunday, October 18, 2009

Jamuan Aidilfitri GB4B Wilayah Persekutuan









17 Okt 2009 : Jamuan Aidilfitri Gerakan Belia 4B peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan didalam suasana yang sederhana dan diperingkat GB4B Titiwangsa telah dihadiri oleh Pengerusi, Tn Hj Zulkifli B Hj Zainuddin, Timb.Pengerusi, Sdr Zulkifli Md Nor , Naib Pengerusi (Wanita) , Sdri Fauziah A Bab, Setiausaha, Sdr Hamizi B Mat Juah dan beberapa ahli jawatankuasa kawasan. Tidak ketinggalan juga beberapa ketua Cawangan di kawasan GB4B Titiwangsa , En Razali B Tushan (Pandan Warisan), En M Farid Mohd Nari ( Jalan Keramat ) dan En Yusof B Ahmad Hat ( Keramat Jaya Kiri ) dan ahli-ahli cawangan.

Majlis bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 12 malam.

Sunday, October 11, 2009

Colombo Plan Drug Advisory Programme




08 Okt 2009 : Agensi Anti Dadah Kebangsaan , sebuah agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri telah menjemput ahli yang berumur 16 - 23 tahun , bernaung di bawah GB4B Titiwangsa untuk mewakili Malaysia bagi menghadiri program COLOMBO PLAN DRUG ADVISORY PROGRAMME : 7th ASIAN YOUTH CONGRESS pada 3 - 6 November 2009 bertempat di The Legend Hotel, Puerto Princess City, Palawan, Philipines.

Bagi sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan Setiausaha (Penaja) GB4B Titiwangsa, Sdr Mohamad Noralam B Sahroni : 012-2002501 untuk keterangan lebih lanjut.Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Okt 2009.

Ambillah peluang ini untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran didalam memerangi dadah yang berleluasa sekarang ini.


Thursday, October 8, 2009

Kejohanan Futsal Piala REVIVE 2009



8 Oktober 2009, Khamis : Kejohanan FUTSAL Piala REVIVE 2009 anjuran Biro Sukan,Gerakan Belia 4B Titiwangsa akan diadakan pada 25 Oktober 2009 di Sport Planet, Ampang. Dijangka sebanyak 64 pasukan akan memeriahkan pertandingan ini.


Setiap pasukan akan diwakili oleh 9 orang termasuk simpanan. Bagi kejohanan ini, yuran penyertaan hanya dikenakan sebanyak RM150.00 sahaja dan hadiah yang ditawarkan amat lumayan dimana JOHAN akan mendapat wang tunai sebanyak RM2000.00 , naib johan RM1000.00, Ketiga RM500 dan keempat RM250.00 . Cabutan bertuah bernilai RM2000.00 juga akan dilakukan sepanjang pertandingan berlangsung .


Semua ketua Cawangan dan ahli belia yang bernaung dibawah GB4B Titiwangsa digalakkan untuk menghantar peserta . Sebarang penyertaan dan pertanyaan , silalah berhubung dengan En Fadil B Taib ( Exco Sukan, GB4B Titiwangsa ) di talian 012-9183677 .

Rumah Terbuka Aidilfitri 2009


5 Okt 2009 , Selasa : Mesyuarat Khas yang telah bermesyuarat hari ini telah bersetuju untuk mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 pada 18 Oktober 2009 bertempat di Padang Awam, Desa Pandan bermula jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Majlis sambutan ini adalah anjuran bersama GB4B Titiwangsa , Majlis Belia Kawasan & Rakan Muda Titiwangsa dengan sokongan dan bantuan dari DBKL dan Jab Belia & Sukan Titiwangsa.

Semua warga belia adalah dijemput hadir memeriahkan sambutan ini.

Saturday, October 3, 2009

MESYUARAT KHAS

Mesyuarat Khas bagi bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung Kawasan 2009 akan diadakan pada 05/10/2009 jam 8.30 malam. Dijangka kesemua ahli jawatankuasa kawasan akan hadir.

Selain daripada itu, mesyuarat juga akan membincangkan persiapan bagi sambutan Aidilfitri bagi Gerakan Belia 4B (M) Kaw. Titiwangsa.

Salam Aidilfitri

Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja’alana minal ‘adiin wal faidzin( Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan )
Semoga ibadah kita di Bulan Ramadhan dapat membawa berkah bagi kita semua.Dan semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan berikutnya.
Amiin ..




Salam Lebaran,

Bagi Pihak Seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja Gerakan Belia 4B Titiwangsa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh ahli GB4B Titiwangsa & seluruh negara khususnya, dan umat islam di Malaysia, amnya semoga dengan kehadiran Syawal pada tahun ini akan memberikan seribu kebahagian dan kerahmatan untuk semua.




Ikhlas dari,
Pengerusi dan seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Titiwangsa








Gerakan Belia 4B (M) Kaw Titiwangsa