Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Salam Aidil Adha kepada seluruh warga belia 4B Malaysia amnya dan bagi belia 4B kawasan Titiwangsa khususnya.

Sunday, November 15, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN GERAKAN BELIA 4B PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN


12 NOV 2009 : Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan yang dijangka pada 15 November 2009 akan ditunda seperti butiran berikut :-

Tarikh : 29 November 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : International Youth Centre (IYC) , Cheras

Kesemua perwakilan GB4B Kawasan Titiwangsa yang terpilih diminta untuk bersedia . Harap maklum

Sunday, November 8, 2009

TRANSFORMASI KEPIMPINAN di Mesyuarat Perwakilan Tahunan GB4B Kawasan Titiwangsa


07 Nov 2009 , Kg Pandan: Transformasi Kepimpinan bagi menyahut seruan pemimpin GB4B kebangsaan dan selari dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 telah berlaku pada Mesyuarat Perwakilan Tahunan Gerakan Belia 4B Kawasan Titiwangsa Kali yang ke 23 bagi tahun 2009 yang berlangsung di Institut Profesional Baitulmal hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Seri Dr Suleiman B Mohamed , Penaung Gerakan Belia 4B Kawasan Titiwangsa merangkap Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang diwakili oleh Bendahari UMNO Bahagian, Saudara Amran B Hashim.

Kepimpinan lama yang diterajui oleh Tn Hj Zulkifli B Hj Zainudin telah banyak menabur bakti didalam menjadikan GB4B Titiwangsa sentiasa relevan sehingga kini. Kepimpinan beliau akan diteruskan oleh pengganti yang dilantik didalam mesyuarat, Saudara Hamizi B Mat Juah.

Exco lama, organisasi dan individu yang banyak membantu telah diraikan didalam mesyuarat ini dengan pemberian cendera kenangan bagi menghargai usaha dan pengorbanan didalam menjalankan kerja-kerja 4B di peringkat kawasan.

Lebih kurang 150 orang hadir didalam majlis perasmian ini , termasuk perwakilan seramai 56 orang daripada 13 cawangan yang telah bermesyuarat dan mendapat sijil daripada ROY.

Tetamu kenamaan yang turut hadir antaranya adalah, Saudara Affendi B Zahari ( Naib Ketua UMNO Bahagian ), Saudara Idham Yasser B Suleiman ( Ketua Pemuda UMNO Bahagian ) ,Pn Suhaila B Saat ( Pegawai Belia dan Sukan Titiwangsa ) dan Pn Norizan Bt Salim ( Wakil Dato' Amirrudin B Radzi, Pengerusi GB4B Wilayah Persekutuan ).

Turut kelihatan adalah Dr Syawal ( Pengerusi GB4B Cheras ), Ida Herlina (Naib Pengerusi MBWP) dan tetamu undangan daripada kawasan yang lain.

Majlis bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Tahniah dan Syabas kepada kepimpinan baru Gerakan Belia 4B Kawasan Titiwangsa..Semoga akan terus Gemilang, Cemerlang dan Terbilang bagi menjadikan belia relevan dan sentiasa menyokong 1 Malaysia.

Thursday, November 5, 2009

PERUBAHAN TEMPAT BAGI MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN TITIWANGSA 2009



Terkini @ 05 November 2009 : Lokasi bagi menjalankan Mesyuarat Agung Perwakilan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa akan ditukar daripada CITITEL EXPRESS, CHOW KIT ke INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL (IPB) berikutan masalah lojistik & teknikal pada saat-saat akhir.


Tarikh dan Masa tidak berubah.


Jawatankuasa Pelaksana memohon maaf kepada semua atas kesulitan yang dihadapi .


HARAP MAKLUM


Monday, November 2, 2009

NOTIS KEHADIRAN PERWAKILAN MESYUARAT AGUNG GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN TITIWANGSA 2009


Berikut adalah Cawangan-Cawangan bagi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa yang sudah selesai bermesyuarat agung Cawangan dan akan menghantar perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Kawasan pada 07 Nov 2009. Senarai adalah seperti berikut:-


1/ GB4B (M) Caw. Jalan Jejaka( KC: Hamizi B Mat Juah )
2/ GB4B (M) Caw. Keramat Jaya ( KC: Norhashimah Bt Daud )
3/ GB4B (M) Caw. Pasar Dato' Keramat ( KC: Fauziah Abdul Bab )
4/ GB4B (M) Caw. Pandan Warisan ( KC: Razali B Tushan )
5/ GB4B (M) Caw. Pangsapuri Pasar Minggu ( KC: Sri Noor Samsul Rizal )
6/ GB4B (M) Caw. Pandan Luar ( KC: Zainizam B Mohamad )
7/ GB4B (M) Caw. Keramat Jaya Kiri ( KC: Mohd Yusuf B Hat )
8/ GB4B (M) Caw. Ampang City ( KC: Arfan B Abdullah )
9/ GB4B (M) Caw. Jalan Keramat ( KC: Mohd Farid B Nari )
10/ GB4B (M) Caw. Gerbang Ampang Hilir ( KC: Mohd Fadil B Taib )
11/ GB4B (M) Caw. Pandan Sillaturrahim Dalam ( KC: Mohd Khairul Nizam B Salleh )
12/ GB4B (M) Caw. Kampung Chendana ( KC: M Affendi )
13/ GB4B (M) Caw. Pandan Baiduri
14/ GB4B (M) Caw. Desa Pandan ( KC: Azanizam )
15/ GB4B (M) Caw. Pangsapuri Pasar Murni ( KC: Norsuziela Bt Ibrahim )

Sila berhubung dengan pihak kami sekiranya terdapat sebarang permasalahan.Harap Maklum

Setiausaha Penaja
Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa
012-2002501

BERITA KELAHIRAN


02 Nov 2009 , 1.07 tengahari : Ketua Penerangan (Penaja) GB4B Titiwangsa, En Razali B Tushan yang juga Ketua Cawangan Pandan Warisan, telah mendapat cahayamata yang kedua , apabila isteri beliau selamat melahirkan Puteri Delysha Dowwatul'aisya di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Beliau boleh dihubungi ditalian 019-3617273.


Seluruh kepimpinan GB4B Titiwangsa mengucapkan tahniah kepada beliau. Semoga kehadiran cahayamata ini akan membuatkan kehidupan beliau sekeluarga lebih bermakna dan semoga dimurahkan rezeki hendaknya. Amin.

Sunday, November 1, 2009

NOTIS KEHADIRAN PERWAKILAN MESYUARAT AGUNG GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN TITIWANGSA 2009


Perkara diatas adalah dirujuk .



Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa di bawah ROY (Registration of Youth) kali pertama akan diadakan seperti butiran dibawah:-

Tarikh : 07 Nov 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Cititel Hotel, Chow Kit


Semua Ketua Cawangan dan perwakilan cawangan yang selesai bermesyuarat diminta bersedia bagi perkara diatas. Senarai nama perwakilan akan disiarkan didalam masa terdekat.

Sekian, Terima Kasih

Setiausaha Penaja
Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa