Sunday, November 8, 2009

TRANSFORMASI KEPIMPINAN di Mesyuarat Perwakilan Tahunan GB4B Kawasan Titiwangsa


07 Nov 2009 , Kg Pandan: Transformasi Kepimpinan bagi menyahut seruan pemimpin GB4B kebangsaan dan selari dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 telah berlaku pada Mesyuarat Perwakilan Tahunan Gerakan Belia 4B Kawasan Titiwangsa Kali yang ke 23 bagi tahun 2009 yang berlangsung di Institut Profesional Baitulmal hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Seri Dr Suleiman B Mohamed , Penaung Gerakan Belia 4B Kawasan Titiwangsa merangkap Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang diwakili oleh Bendahari UMNO Bahagian, Saudara Amran B Hashim.

Kepimpinan lama yang diterajui oleh Tn Hj Zulkifli B Hj Zainudin telah banyak menabur bakti didalam menjadikan GB4B Titiwangsa sentiasa relevan sehingga kini. Kepimpinan beliau akan diteruskan oleh pengganti yang dilantik didalam mesyuarat, Saudara Hamizi B Mat Juah.

Exco lama, organisasi dan individu yang banyak membantu telah diraikan didalam mesyuarat ini dengan pemberian cendera kenangan bagi menghargai usaha dan pengorbanan didalam menjalankan kerja-kerja 4B di peringkat kawasan.

Lebih kurang 150 orang hadir didalam majlis perasmian ini , termasuk perwakilan seramai 56 orang daripada 13 cawangan yang telah bermesyuarat dan mendapat sijil daripada ROY.

Tetamu kenamaan yang turut hadir antaranya adalah, Saudara Affendi B Zahari ( Naib Ketua UMNO Bahagian ), Saudara Idham Yasser B Suleiman ( Ketua Pemuda UMNO Bahagian ) ,Pn Suhaila B Saat ( Pegawai Belia dan Sukan Titiwangsa ) dan Pn Norizan Bt Salim ( Wakil Dato' Amirrudin B Radzi, Pengerusi GB4B Wilayah Persekutuan ).

Turut kelihatan adalah Dr Syawal ( Pengerusi GB4B Cheras ), Ida Herlina (Naib Pengerusi MBWP) dan tetamu undangan daripada kawasan yang lain.

Majlis bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Tahniah dan Syabas kepada kepimpinan baru Gerakan Belia 4B Kawasan Titiwangsa..Semoga akan terus Gemilang, Cemerlang dan Terbilang bagi menjadikan belia relevan dan sentiasa menyokong 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment